Jurukur FH Consultant adalah firma ukur tanah berlesen yang berdaftar dengan Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia (LJT)

LATAR BELAKANG

about

JFH ditubuhkan pada awal tahun 2010 oleh Sr. Haji Mohd Fauzi bin Abu Hasan yang mempunyai pengalaman luas di dalam industri ukur tanah selama lebih dari 30 tahun dalam sektor swasta mahupun sektor awam. Beliau sangat dikenali dengan kepakarannya dalam bidang ukur kadaster dan juga kejuruteraan sebelum memulakan kerjayanya dalam perniagaan korporat.

Pada tahun 2015, JFH telah memperluaskan empayar perniagaannya dengan menubuhkan dua lagi cawangan strategik di Melaka dan Pahang dengan memulakan perkongsian dengan Sr. Haji Mohd Daud bin Abd Rashid dan Haji Abd Shukor bin Saleh. Kesemua ahli lembaga pengarah JFH mempunyai pengalaman luas lebih daripada 30 di dalam industri ini untuk memberikan perkhidmatan yang kompeten kepada pelanggan kami.

JFH adalah firma ukur tanah berlesen yang berdaftar dengan Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia (LJT) di bawah Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958 (Akta 458: Disemak 1991). Syarikat ini adalah pemegang Sijil Kecekapan Pemetaan Utiliti Bawah Tanah yang diluluskan oleh Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia (LJT) dan juga Sijil Ukur Hidrografi (Cat.B) yang diiktiraf oleh Federation de Geometres (FIG) dan International Hydrographic Organization (IHO).

Kakitangan JFH terdiri daripada individu-individu terlatih yang mempunyai pengetahuan yang luas di dalam sektor ukur. Diketuai oleh barisan kepimpinan yang cekap dan berpengalaman, kami sentiasa bekerjasama dan komited untuk menyelesaikan setiap projek.

Tenaga kerja JFH sentiasa digalakkan untuk berfikir di luar kotak bagi menyelesaikan masalah. Pemikiran strategik, teknologi inovatif serta pengumpulan maklumat secara holistik memberi kami kelebihan dalam menawarkan pilihan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Barisan pengurusan JFH merupakan jentera kepada perkembangan perniagaan syarikat. Tempoh pengalaman dalam industri, kemahiran pengurusan dan kemampuan untuk mengemudi dan memberi penerangan yang jelas kepada pasukan telah menyumbang kepada reputasi baik syarikat.

Kami komited dalam menawarkan individu berkelayakan untuk diberi peluang menjalani latihan dan menggalas tanggungjawab bersama pasukan kami. Kami menjemput anda untuk meneroka jawatan kosong kami tawarkan.