admin@jfhconsultant.com +603 5548 6882
Isnin-Jumaat | 9am - 5pm
 

SELAMAT DATANG

Di JFH, kami menyediakan khidmat ukur dan rundingan tanah bagi menyelesaikan projek dan permintaan pelanggan kami. Ditubuhkan pada tahun 2010, JFH merupakan salah satu syarikat ukur tanah yang paling pesat berkembang di negeri Selangor.

Sejak 2010, JFH telah meluaskan empayar perniagaannya dengan menubuhkan dua lagi cawangan strategik di Melaka dan juga Pahang bagi menambah-baik akses pelanggan dengan pekhidmatan kami.

Diketuai oleh barisan lembaga pengarah dan pasukan kakitangan yang profesional dan berpengalaman, kami dikenali dengan keupayaan kami menyelesaikan masalah transaksi dan pembangunan tanah berskala besar mahupun kecil.


 

Menjangkaui sempadan menerusi inovasi kreatif dan kemahiran geospatial

— Sr. Mohd Fauzi bin Abu Hasan

JAMINAN KAMI

JAMINAN KAMI

about Jurukur FH Consultant

Latar belakang syarikat


Jurukur FH Consultant ditubuhkan pada awal tahun 2010 oleh Sr. Haji Mohd Fauzi bin Abu Hasan yang mempunyai pengalaman luas di dalam industri ukur tanah selama lebih dari 30 tahun dalam sektor swasta mahupun sektor awam. Beliau sangat dikenali dengan kepakarannya dalam bidang ukur kadaster dan juga kejuruteraan sebelum memulakan kerjayanya dalam perniagaan korporat.


LIHAT LAGI

BERITA

Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Jurukur FH Consultant telah dilantik menjadi panel jurukur tanah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, selama tiga tahun dari tahun 2020 hingga 2023.

Air Selangor adalah pemegang lesen holistik tunggal untuk mengekstrak, merawat dan mengedarkan air untuk semua pelanggannya di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pelantikan panel ini adalah pengiktirafan terhadap strategi yang dimiliki oleh kedua-dua syarikat hasil profesionalisme, kepakaran dan prestasi luar biasa dalam menyelesaikan projek sebelumnya.

Walaupun mengekalkan peranan kami yang ada sebagai syarikat panel untuk PKNS, TNB dan PLUS, penambahan terbaru ini menunjukkan tahap keyakinan klien terhadap kami.

Kami gembira dengan pelantikan ini dan berharap dapat bekerjasama dengan Air Selangor dan berharap dapat membina hubungan yang kuat dan lama antara kedua-dua belah pihak.